Home

Pengenalan | Qul Holdings

PENGENALAN

Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. dipengerusikan oleh Kol Mohammed Jamal Bin Inche I M Salleh dan Pengarah Urusan Br. Mohd Shah Bin Rahmat (CCPM). Syarikat ini dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh bumiputera yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (201601022206 (1193145-P)). Pada 9 Disember 2020, Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai syarikat konsesi bagi projek menaiktaraf dan melebarkan jalan kampung sedia ada termasuk pembinaan jalan kampung baru di seluruh Negeri Johor Darul Ta'zim.

Qul Holdings (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 29 Jun 2016 dengan niat dan keazaman menyahut seruan kerajaan bagi mengharungi era globalisasi. Syarikat ini telah diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai syarikat pembinaan G7 dengan memperoleh Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK-G7). Syarikat kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) sebagai Syarikat Bumiputera. Tambahan, Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. telah mendapat akreditasi ISO 9001:2015.

Gambar Pengenalan

VISI

Menjadikan QUL HOLDINGS (M) SDN BHD sebagai peneraju utama syarikat pengurusan dalam pelbagai disiplin pembinaan dan sektor penyelenggaraan yang komprehensif selaras dengan era digital dan revolusi perindustrian.

MISI

Menjadi syarikat yang dipercayai dengan sumber dan perkongsian yang terbaik, disokong dengan inovasi teknologi termaju untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

PENDAFTARAN TERBUKA

Pendaftaran Terbuka Projek Jalan Kampung (PJK6) Negeri Johor

https://eperolehan.qulholdings.com.my/

Facebook



Cover for Qul Holdings M Sdn Bhd
2,256
Qul Holdings M Sdn Bhd

Qul Holdings M Sdn Bhd

Qul Holdings (M) Sdn Bhd
Make your belief our priority.
~We Build Better~

This message is only visible to admins.
Problem displaying Facebook posts.
Click to show error
Error: No posts available for this Facebook ID

KLIEN KAMI

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara untuk mendaftar didalam Sistem ePQul? +
Kontraktor boleh mendaftar melalui halaman utama sistem dengan mengisi maklumat syarikat, dokumen sokongan dan membuat pengesahan e-mel. Pendaftaran akan disemak oleh pentadbir sebelum diluluskan.
Siapakah yang boleh menggunakan sistem ini? +
Sistem ini boleh digunakan oleh syarikat konsesi, kontraktor berdaftar serta pentadbir sistem yang diberi akses khas mengikut peranan.
Bolehkah saya kemaskini maklumat syarikat selepas pendaftaran? +
Ya, pengguna boleh mengemaskini maklumat tertentu. Sebarang perubahan kritikal perlu kelulusan pentadbir. Hubungi Bahagian Kontrak QHSB di talian +607–550 0401 / +6019–716 7156.
Berapakah harga untuk mendaftar sebagai kontraktor dibawah syarikat Qul Holdings (M) Sdn Bhd? +
Pendaftaran adalah percuma. Tiada bayaran yang dikenakan.
Apakah dokumen yang diperlukan? +
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:
1. Sijil CIDB (Kod CE01 dan CE02)
2. Sijil Pendaftaran JCCD
Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan permohonan ini? +
Kelulusan bagi permohonan mengambil masa 1–2 hari bekerja.

LOKASI KAMI