Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. dipengerusikan oleh Kol Mohammed Jamal Bin Inche I M Salleh dan Pengarah Urusan
Br. Mohd Shah Bin Rahmat (CCPM). Syarikat ini dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh bumiputera yang
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (201601022206 (1193145-P)). Pada 9 Disember 2020, Qul Holdings
(M) Sdn. Bhd. telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai syarikat konsesi bagi projek
menaiktaraf dan melebarkan jalan kampung sedia ada termasuk pembinaan jalan kampung baru di seluruh Negeri
Johor Darul Ta'zim.
Qul Holdings (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 29 Jun 2016 dengan niat dan keazaman menyahut seruan
kerajaan bagi mengharungi era globalisasi. Syarikat ini telah diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (CIDB) sebagai syarikat pembinaan G7 dengan memperoleh Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK-G7).
Syarikat kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU) sebagai Syarikat Bumiputera. Tambahan, Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. telah mendapat akreditasi
ISO 9001:2015.
MISI: Untuk menjadi syarikat yang dipercayai dengan sumber dan perkongsian terbaik, disokong oleh inovasi teknologi canggih, bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan
VISI: Untuk menjadikan QHSB sebagai syarikat peneraju dalam sektor pengurusan dan penyelenggaraan pembinaan yang komprehensif, sejajar dengan era digital dan revolusi perindustrian.
Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah syarikat kontraktor berdaftar Gred G1,
yang menjalankan projek-projek berskala kecil. Berbekalkan komitmen, usaha gigih dan dedikasi pasukan,
syarikat ini telah berkembang maju sehingga berjaya mencapai status sebagai Kontraktor G7 dan seterusnya
dilantik sebagai konsesi bagi projek-projek tertentu.
Sepanjang perjalanan, Qul Holdings telah membina reputasi sebagai syarikat yang menekankan
kualiti kerja, integriti, dan kepuasan pelanggan. Kini, syarikat bukan sahaja terlibat dalam projek
pembinaan dan penyelenggaraan, malah turut mengembangkan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT),
sistem digital, dan pembangunan perisian bagi menyokong transformasi digital sektor awam dan swasta.
Dengan pengalaman yang luas, pasukan yang berkemahiran, dan visi yang jelas, Qul Holdings
bertekad untuk terus menjadi rakan strategik yang dipercayai dalam bidang pembinaan, teknologi, dan
perkhidmatan konsesi, sejajar dengan aspirasi pembangunan negara.